Tuesday, 28 June 2016

Dahulu bangunan ini hanya berfungsi sebagai tempat beribadah bagi kaum yang beragama Islam, namun zaman telah berubah. Kini, Masjid Negara juga berfungsi sebagai salah sebuah lokasi perkahwinan seperti menjalankan akad nikah, tangkap gambar dan sebagainya. Sama seperti peribahasa ini, 'zaman beralih, musim bertukar'.

Seterusnya, walaupun sudah lama Masjid Negara dibina, bangunan itu masih kekal teguh dan terpelihara keaslian bentuknya. Keaslian bentuknya masih teguh dipelihara walaupun terdapat beberapa pengubahsuaian. Bagi pendapat saya, keaslian ini dipelihara supaya seni bina warisan tidak akan pupus ditelan zaman. 

Selain itu, peluang pekerjaan sambilan turut serta disediakan bagi rakyat Malaysia yang masih belum punyai pekerjaan tetap. Peribahasa 'berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak' sesuai dikaitkan dengan peluang pekerjaan sambilan ini. Ini kerana, mereka boleh bekerja sambilan dahulu sebelum mencari pekerjaan tetap. 

Di samping itu, bangunan ini juga telah dikategorikan sebagai salah satu lokasi pelancongan di Malaysia. Baju dan pakaian yang menutup aurat telah disediakan pihak masjid bagi pelancong yang bukan beragama Islam. Peribahasa yang sesuai untuk pelancong-pelancong asing yang melawati Masjid Negara adalah 'jauh perjalanan, luas pengalaman'

Akhir sekali, Masjid Negara turut dikenali sebagai salah sebuah bangunan bersejarah yang terdapat di dalam Malaysia. Bangunan ini turut dikaji oleh sesetengah pelajar PT3 dan juga rakyat Malaysia yang mempunyai minat di dalam Sejarah dan Seni Bina. Tidak terkecuali juga beberapa pelancong asing yang turut serta mengkaji keunikan Masjid Negara. Bak kata Voltaire, "Sejarah manusia tak lain tak bukan hanyalah gambaran masa dahulu sebagai pengajaran masa sekarang"

tak lekang dek hujan, tak lekang dek panas (keutuhan sesuatu benda)

Monday, 11 January 2016

CHAPTER 1 : 1.1 ; Mekanisma Pernafasan Manusia

Asalammualikum wbt, blog ini dicipta oleh saya bagi membantu rakan-rakan seperjuangan saya yang akan menghadapi PT3 yang umumnya pada 11-13 Oktober ini. Jadi di blog ini, saya akan meringkaskan sedikit demi sedikit mata pelajaran Sains Form 3 supaya ia menjadi senang. Seperti saya ceritakan semula apa yang saya faham tentang bab sekian-sekian. Blog ini boleh bertukar bahasa dengan menggunakan TRANSLATE di right sidebar, kalau ada yang tak faham atau musykil, sila comment atau email ke ainaamathirah@gmail.com sahaja. Saya harap apa yang saya cuba kongsi atau lebih tepat sampaikan kepada calon PT3 dapat menambah ilmu pengetahun saya dengan lebih luas. Semakin banyak ilmu yang dikongsi, semakin banyak ilmu yang saya dapat balik. Aminn Ya Robbal Al-Amin.


Asalammualikum wbt, this blog was created by me to help my colleagues who will face PT3 are generally on 11-13 October. So in this blog, I will summarize piecemeal Science Form 3 so that it becomes easy. This blog can switch languages ​​using the TRANSLATE in the right sidebar, if someone does not understand or comprehend, please comment or email to ainaamathirah@gmail.com  only. I hope what I'm trying to share or more accurately convey to the candidate PT3 can add knowledge to my knowledge more widely. The more knowledge is shared, the more knowledge I can get back. Aminn Ya Robbal Al-Amin.

Bismillah…

CHAPTER 1 : Respiration / Respirasi




1.1 : Mekanisma Pernafasan Manusia

                                                 SISTEM RESPIRASI MANUSIA
                                                   
                                                   STRUKTUR PEPARU MANUSIA

                                                               ALIRAN UDARA
Apabila TARIK NAFAS;;

1. Otot interkosta luar mengecut
-jika anda tau dimana otot interkosta dalam badan, pasti anda faham maksudnya

2. Sangkar rusuk naik ke atas dan ke hadapan
- sangkar rusuk ke hadapan menyebabkan dada kita yang menaik ketika menarik nafas

3. Otot diafragma mengecut dan mendatar
-kalau nak ingat Diafragma mendatar ketika menarik nafas, bayangkan oksigen yang masuk ke badan menolak difragma sehingga ia mendatar.

4. Isi padu rongga toraks bertambah
-ramai tidak tahu apa itu toraks, Toraks adalah sistem dalaman yang menganjur dari leher hingga ke diafragma, tidak termasuk anggota atasJantung dan paru-paru terletak dalam rongga toraks, di samping banyak terdapat salur darah.

5. Tekanan udara di dalam rongga toraks berkurang
-TIPS ; kalau udara meningkat, tekanan haruslah berkurang. seperti negatif dan positif

6. Tekanan atmosfera di luar badan lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam rongga toraks.

7. Udara disedut masuk ke dalam peparu
-udara atau lebih tepat oksigen


Apabila HEMBUS NAFAS...

1. Otot interkosta luar mengendur
-bayangkan otot interkosta di luar yang sedang mengendur

2. Sangkar rusuk turun ke bawah dan ke dalam
-ingat, kalau tarik nafas benda ni ke depan, bila hembus ia bertentangan

3. Otot diafragma mengendur dan melengkung ke atas
-bila kita hembus nafas, karbon dioksida tolak diafragma lengkung ke atas

4. Isi padu rongga toraks berkurang
-udara atau gas keluar

5. Tekanan udara dalam toraks bertambah

6. Tekanan atmosfera di luar badan lebih rendah daripada tekanan udara dalam toraks

7. Udara dipaksa keluar daripada peparu
-maksud dipaksa ni dia mesti kena keluar tak boleh tak keluar. nak tak nak kena keluar jugak. 

Akhirnya tiba juga Ruangan Soalan yang saya suka. 
Ruangan Soalan ini berfungsi untuk memberi calon PT3 menjawab soalan setelah membaca dan memahami nota. Jangan risau soalan dia mudah-mudah. Kalau faham InsyaAllah.
SOALAN PERTAMA :                                                                                           
Mengapa ketika kita menarik nafas, dada kita ternaik atau ke hadapan sedikit? Berikan dua sebab.

SOALAN KEDUA :
Buat peta Alir yang menunjukkan aliran udara daripada lubang hidung ke alveolus di dalam peparu

SOALAN KETIGA :
Hanya udara/gas apa yang boleh memasuki badan kita?

SOALAN KEEMPAT :
Apakah yang akan terjadi apabila udara tidak mahu keluar semasa proses hembus nafas?

SOALAN KELIMA :
Dimanakah ruangan rongga torak berada?

SOALAN KEENAM : isikan ruangan kosong
Diafragma akan ______ ketika menghembus nafas

SOALAN KETUJUH :
Apakah organ yang membuatkan sangkar rusuk bergerak ketika proses tarik dan hembus nafas?

SOALAN KELAPAN :
Apakah yang akan berkurang jika udara di sesuatu tempat bertambah?

SOALAN KESEMBILAN :
Setiap manusia punyai berapa peparu?

SOALAN KESEPULUH : isikan ruang kosong
_______ dan ________ terletak dalam rongga toraks. 

*cuba latih diri anda dengan menjawab setiap soalan dalam masa 30 saat dan menjawab semua soalan dalam masa 5 minit. Gunakan alarm di smartphone jika mahu.